Archive for February, 2008

Selamat.. Selamat.. Selamat

Selamat Hari Lahir yang ke-54 untuk Bonda terchinta yang jatuh pada 25hb Februari.

Selamat Hari Lahir yang ke-53 untuk Ayahanda terchinta yang jatuh pada 28hb Fenruari.

Selamat Tahun Lompat si katak lompat.

Selamat Hari Ibu yang jatuh pada 2hb Mac.

Leave a Comment

PAP SMEAR

Last week, i got a letter from NHS which subject to invite me to do a Pap Smear Test and today I done the test. The test not painful at all but just feeling..hmm…strange??? In UK, every women who are age between 25-65 will be invited automatically to do the test every 3 years. The main objective for this test is to spot any abnormal cells at cervic especially to detect cancer cells. I will know the result in 4-6 weeks.

Worldwide, cervical cancer is the fifth most deadly cancer in women.It affects about 1 per 123 women per year and kills about 9 per 100,000 per year.

 Nak dijadikan cerita,saya disyaki kena urine infection. Since yesterday I’m feeling uncomfortable at my feminin area, especially when I go to restroom and this morning I spot blood in my urine. I think this happened because tahan kencing masa tengah kerja semalam. Dah takut, sebab ingatkan kena batu karang. Doktor bagi antibiotik untuk makan dalam masa seminggu.

Kesimpulan untuk hari ini, buat Pap Smear dengan jangan tahan kencing. kekeke

What is a Pap smear?

A Pap smear is a test your doctor does to check for signs of cancer of the cervix. The cervix is part of your uterus (womb). During a Pap smear, your doctor takes a sample of cells from your cervix to be tested. To take the sample, your doctor will put a special instrument called a speculum into your vagina. This helps open your vagina so the sample can be taken. Your doctor will gently clean your cervix with a cotton swab and then collect a sample of cells with a small brush, a tiny spatula or a cotton swab. This sample is put on a glass slide and sent to a lab to be checked.

Leave a Comment

Politikus

Doa musibah jelas niat jahat Pas

Oleh Ahmad Naim Tahir

REMBAU: Perbuatan pemimpin Pas mendoakan anak Kelantan di luar negeri itu yang mahu pulang mengundi Barisan Nasional (BN) ditimpa musibah sekadar menterjemahkan niat cukup jahat dan keburukan hati mereka, kata Timbalan Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin.

Beliau yang menganggap tidak perlu mengulas panjang mengenai perkara itu, berharap rakyat Kelantan menggunakan fikiran waras dan rasional menilai dan membuat keputusan menolak Pas pada pilihan raya kali ini.

“Saya ada baca kenyataan itu… dia doakan pengundi luar Kelantan yang mahu pulang mengundi BN supaya ditimpa musibah atau kemalangan.

“Kalau itulah niat pemimpin kanan Pas terhadap yang tidak menyokong mereka, itu adalah niat yang cukup jahat, menggambarkan hati cukup buruk, tidak berhati perut langsung dan tiada semangat kemanusiaan. Saya tak pernah terniat mendoakan apa-apa musibah pada penyokong pembangkang.

“Ini kerana mereka juga manusia dan rakyat negara ini. Walaupun tak sokong, jangan doakan yang buruk, tetapi jika Pas sanggup berbuat demikian, ia menggambarkan isi hati pemimpin parti itu yang penuh kebencian kepada orang Umno dan bukan ahli Umno yang mungkin menyokong BN,” katanya selepas majlis tahlil dan doa kesyukuran di Kampung Gadong, dekat sini semalam.

Jumaat lalu, akhbar ini melaporkan kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang mengharapkan anak Kelantan di luar negeri itu yang mahu pulang berkonvoi mengundi BN pada pilihan raya umum kali ini ditimpa musibah.

Mengenai bekas pegawai kerajaan atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang dicalonkan Pas pada pilihan raya ini, Khairy berkata, mereka mungkin kecewa atau berdendam dengan kerajaan atas sebab tertentu dan bertanding menentang BN bukan atas niat mahu berkhidmat kepada rakyat.

“Mungkin mereka tak dapat peluang dengan kerajaan atau GLC atau atas sebab tertentu berdendam dengan kerajaan. Contoh utama ialah calon pembangkang di Pasir Mas, Ibrahim Ali yang berdendam dengan Umno.

“Jadi, pengundi perlu bertanya sama ada calon seperti ini bertanding atas niat ikhlas untuk membantu rakyat atau semata-mata kerana kecewa dan dendam kepada Umno serta BN,” katanya.

Beliau juga tidak risau dengan label budak nakal yang diberikan pembangkang kerana ia memang sesuai dengan tanggungjawabnya sebagai Naib Ketua Pemuda Umno dan Timbalan Pengerusi Pemuda BN untuk `mengacau’ pembangkang.

Selain itu, Khairy menjangka pembangkang akan terus menyerang peribadinya sepanjang kempen pilihan raya seperti yang dilakukan selama ini, tetapi tidak akan mendorongnya mengambil tindakan sama terhadap pemimpin mereka.

“Sudah tentu pembangkang akan bangkitkan pelbagai isu dan fitnah, tetapi bagi saya tak perlu bagi reaksi terhadap apa yang mereka buat. Tugas saya adalah meyakinkan pengundi yang saya mahu berkhidmat untuk rakyat, bukan memburukkan orang lain,” katanya.

Khairy yang akan bertanding Parlimen Rembau, berkata rangka kerjanya dalam tempoh berkempen lain daripada pembangkang kerana hanya akan menerangkan apa akan dilakukan untuk pengundi.

“Tujuan utama saya bertanding adalah untuk pengundi. Biar pembangkang serang kerana akhirnya pilihan terletak di tangan rakyat sama ada memilih orang yang akan membantu mereka atau orang yang hanya mahu memburukkan orang lain,” katanya.

Mengenai lawannya dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Khairy berkata, calon pembangkang langsung tidak mempunyai niat membantu masyarakat Rembau, sebaliknya hanya bagi memuaskan hati dapat bertanding menentangnya.

“Dia (calon PKR) sebelum ini kata di mana saja saya bertanding, dia akan ikut. Di sini jelas niatnya bukan untuk berkhidmat kepada pengundi, tetapi berdepan dengan saya. Dia tak kisah pasal penduduk Rembau.. saya pun tak tahu kenapa dia terlalu obses dengan saya sehingga sanggup ikut ke mana saya bertanding.

“Saya bertanding di Rembau kerana ini tempat asal keluarga saya, tempat asal orang tua saya dan di sini saya mahu membantu rakyat Rembau. Sebab itu, saya beritahu kepada Menteri Besar (Datuk Seri Mohamad Hasan), saya hanya mahu bertanding di Rembau,” katanya.

Mengulas pengguguran sesetengah penyandang kerusi Pemuda Umno yang baru sepenggal berkhidmat, Khairy menasihatkan mereka terus berkhidmat dan tidak cepat putus asa kerana pucuk pimpinan mungkin mengambil kira tuntutan dan keperluan lain untuk menggantikan mereka.

Katanya, mereka tidak seharusnya menjauhkan diri daripada parti dan masyarakat kerana perubahan itu bukan bermakna penyandang kerusi berkenaan gagal berkhidmat dengan baik, tetapi mungkin tidak mencapai tahap yang dikehendaki pucuk pimpinan parti.

“Kita berkhidmat sebagai wakil rakyat bukan untuk kekal selama-lamanya… jadi saya minta mereka (yang digugurkan) jangan putus asa. Mungkin pucuk pimpinan ada perkiraan lain kerana mengharapkan khidmat paling cemerlang… yang terbaik itu mungkin tidak cukup baik,” katanya.

what the???? Doakan orang ditimpa musibah kalau balik untuk mengundi BN????Doakanlah, dibuka pintu hati orang untuk undi PAS kalau betullah PAS memperjuangkan ISLAM dan patut memberi contoh sikap ISLAMIK.. bukan maki hamun, atau doa orang ditimpa musibah… pendek akal betul sape yang buat kenyaaan tu. 

Comments (4)

Finally

Akhirnya, dapat gak cuti… lepas dah stress, bengang, sakit hati, sakit kepala, nangis…akhirnya dapat gak cuti bulan 8 ni!!

thanx to Gill (our HR staff) yang memahami dan mintak kat Paul (store manager) cuti kami ni.. tapi benci kat Karen ( sorang lagi HR staff) yang kecoh tak nak bg cuti… pastu marah lak kat kitaorang sbb tak booking awal… awal tahun lagi dah mintak kat supervisor A, pastu supervisor A tu ckp jumpa Store manager, store manager soh balik bulan 9, mana ada orang kawen time pose! mintak kat supervisor B, supervisor B ckp kat manager C, mula2 manager C bagi pastu tak bg pulak…. pastu si karen ni cakap nape tak mintak last year.. mana nak tau.. mmg lah derang PLAN nak kawen tahun ni, pastu senyap je… kami yang takde duit sgt ni malas lah nak pikir.. pastu mintak2 pun tak dapat.. ni derang pun baru je kompom nak kawen tahun ni gak, nak wat camna… 

dah lepas masalah cuti, kena pikir nak korek duit balik pulak…… hmmm… masalah.. masalah… masalah…. oppss… jangan pikir banyak2… bakal doktor muda syafiqah cakap kena keluarkan hormon gembira baru senang nak pregnant… hahahahaha…

Leave a Comment

Older Posts »