Archive for March, 2008

busy bee

hola… long time no update..:D I’m so busy right now. My parents-in-law and sis-in-law are in UK for 2 weeks. I’l be updating soon…

C’ ya

Cheers

Comments (2)

Selamat Hari Lahir Ayang!

Happy Birthday Ayang!!!!

Finally, this year we can celebrate our birthday together. Sedar tak sedar dah 9 tahun berlalu since the first time we met masa form 4. Dari umur 16 tahun hingga dah 25 tahun,hmmmm… lama gak… dari kurus,ke gemuk,dari takdak misai sampai dah berjambang, dr berat awak 54kg hingga 60kg…hehehe….no need to say much because you know how much i love you.

Saya doakan kita berdua dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, diberi keberkatan dalam kehidupan, ditambah keimanan, dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah, and grow old together. 

Comments (2)

Politikus part 2

 Lama tak sembang pasal politik sebab tak dak geng. Kalau dulu ada Aiai, Naf, K.zaza, Siti, Anis, Nesha untuk sembang pasal politik dan isu-isu semasa Malaysia. Lepak kat Joyfull sambil makan Ebi fry ke Saba teishoku sambil minum air dari drink bar bergelen-gelen..

Sabtu ni rakyat Malaysia yang dah cukup umur 21 dan telah mendaftar dengan SPR akan menjalankan tanggungjawab  sebagai pengundi. Tahun ni banyak muka muda dan baru masuk bertanding. Satu perkembangan yang bagus dalam politik negara. Harap-harap dapat membawa perubahan yang positif untuk Malaysia. Kemungkinan besar BN akan menang seperti tahun-tahun yang lepas.

For me, bukan semua yang kerajaan buat tu betul dan bagus , kadang kala rasa cam ntah apa-apa pun ada gak cam dalam tangani masalah kenaikan harga barang, tol bla..bla..bla… but alhamdulillah, my parent ngan sedara mara masih lagi senang dan boleh makan. Untuk rakyat Malaysia berpaling tadah mengundi parti politik lain dan menggulingkan kerajaan yang ada bukan senang. Kenapa BA tak mudah menang? sbb utama, pada pandangan saya, parti-parti pembangkang tak dak matlamat dan tujuan yang jelas dalam perjuangan derang ni.

Kalau PAS guna Islam sebagai perisai, “sesiapa tak undi bulan jadik kafir ,masuk neraka!” siapa pemimpin2 PAS ni nak cakap orang masuk neraka. Sedangkan Rasulullah pun tak boleh nak tentukan orang mana yang masuk syurga yang masuk neraka, inikan pulak kita manusia biasa ni. Pastu pulak maki hamun, ini ke contoh ISLAM terbaik. Nak jadik ketua negara, bukan hanya pada pengetahuan agama je, kena tau keadaan semasa,ekonomi,teknologi macam DR M. I respek DR M, sbb walaupun dia seorang doktor, he knows everything and read about everything. so don’t play-play ha… macam mana sebagai rakyat nak rasa selamat. kalau PAS kata kerajaan pusat tak bagi dana kat Kelantan, sebab tu derang tak maju, tapi ramai je anak-anak Kelantan yang kaya raya, mostly peniaga. PAS boleh do something untuk galakkan derang-derang ni menderma ke apa ke nak bg duit kat Kelantan supaya Kelantan maju. Jangan nak salahkan orang lain kalau sendiri punya management pun tak betul.

Keadilan pulak pada pandangan mata kasar, bagus sbb banyak orang profesional yang jadik ahli. tapi apa matlamat Keadilan?? dulu Keadilan wujud sbb Anwar kena tangkap dan nak bebaskan Anwar. Matlamat utama Keadilan ialah kebebasan bersuara. Kebebasan bersuara??? apa tu? bebas macam US? boleh cakap apa je? buat ape je? tapi betul ke bebas kat US tu? sedangkan semua media kat US dipengaruhi oleh kerajaan US. Bebas buat demonstrasi hingga memalukan nama negara? bebas menyembah orang asing untuk pengaruhi dasar negara? Keadilan ni sbb matlamat dia “BEBAS” kadang-kala terbabas pulak. Untuk tarik pengundi dan pengaruh derang sanggup buat kenyataan yang desprate. Terbaru, ialah untuk hapuskan hak istimewa Melayu sbb nak tarik undi Hindraf ngan Cina. Masa Dr. M buat meritokrasi untuk masuk U, ramai pelajar melayu tercicir sbb kuota-kuota tu dah diambil oleh bukan bumiputra. sekarang pulak, Sains dan Matematik dalam inggeris pun dah cukup buat pelajar-pelajar dan cikgu-cikgu tercungap-cungap. Kalau lah, hak melayu dihapuskan.. dimana kah letaknya budak2 melayu? sekarang ni pun dah cukup banyak kat pusat serenti.pada masa akan datang?? Nurul Izzah kiranya orang berada,dia boleh hantar anak dia pergi belajar kat UK , US, macam mana dengan pelajar2 pendalaman? rakyat biasa ? macam mana derang nak dapat peluang belajar lebih jauh?  pasal harga minyak mahal, mmg Malaysia pengeluar, tapi masalahnya Malaysia bukan pemproses. Minyak Malaysia dari gred bagus dijual ke negara lain, kendian kita beli minyak dari arab. Sbb tu minyak Malaysia mahal sbb harga dia ikut harga semasa. (ni untuk pengetahuan orang yang tak tau kenapa minyak kita mahal)  

Bukan rakyat Malaysia tak nak perubahan politik because sekarang rakyat Malaysia dah cerdik pandai,golongan profesional dah banyak, me myself thinking that we need change.ade sesetengah orang cakap ” bagi BN kalah sekali, baru dia rasa. Malaysia memerlukan perubahan!!” tapi betul ke kita berani nak lepaskan kerajaan sekarang ke parti pembangkang? berani ke kita nak lepaskan kedudukan selesa kita pada parti yang tak tau hala tuju? berani ke kita nak memperjudikan nasib kita,masa depan kita?

I don’t say our BN is the perfect goverment in the world. Tiada satu pun kerajaan yang tak korup, tiada satu pun kerajaan yang memenuhi 100% kemahuan rakyat. Tapi saya rasa kita bertuah sbb masih aman, makin ramai yang kaya, harmoni, we still can say what we want to say as long as tak mengganggu kerharmonian dan rasa tidak puas hati kaum lain. What we need is our DUN ke ADUN ke wakil rakyat yang berpendidikan dan berkarisma dan rajin membaca dan menggalakkan research!! bukan nancy pansy wakil rakyat yang habis duit berjuta setiap kali buat open house raya!!!!

ni pandangan peribadi rakyat biasa, tak berkaitan dengan mana-mana parti politik

Comments (1)