Archive for April, 2008

boring-boring tulis blog

lama lak tak update.. pastu copy paste je pulak tu entry sebelom ni… hahaha.. dasar pemalas!

hmm.. ape nak merapu hari ni ek? ouh, kami tak jadi balik msia bulan 8 ni sbb kakak-ipar ku tak jadik kawen. .kami tak jadik balik sbb pikir, kalau balik tahun ni tahun depan tak balik, tapi kalau tahun depan nak kena balik lagi susah lah sikit. orang nak kawen pun nak kena simpan duit, kami pun nak kena simpan duit untuk balik jugak.after berbincang kami decided to cancel our flight tickets(sib baik boleh dapat balik duit walaupun kena service fee), made some changes to my holidays. hmm… really looking forward nak balik after mengalami tekanan perasaan nak mintak cuti, tapi tak de rezeki nak balik tahun ni.. so looking forward for next year lah pulak.. hope next year msia balik bertiga (^_^), bgtau siap-siap,kami rancang nak balik 31 julai 09-30 august 09, sape-sape nak kawen tu (aiai,nesha,anis,sid) kalau boleh buatlah time tu… hahahah… jgn marah gurau je…=P

after pencarian kerja saya nampaknya kurang berhasil, saya ingat nak buat master. tapi 1st step kena amik IELTS Academic Training dulu… buku IELTS dah beli tapi tak sempat lagi nak cari masa sesuai untuk buat latihan. >>alasan pemalas… dah tgk-tgk esp bahagian writing, adoi cuaknya nak buat karangan pasal paragraph lah chart lah…. need to do this exercise a.s.a.p then baru decided tuk pilih tarikh either july or october (so pity because they don’t offer the test on august and september)… untuk sambung master ni mama dah tanya pegawai mara and they said i can apply for loan. hmm… kena mintak surat dr jpa pulak.. whatever , buat satu-satu… nanti stress lagi sbb pikir byk sgt..

bulan depan kami pindah umah, dari 1 bedroom flat to 2 bedrooms house. selesa sikit bila orang datang umah sbb ade xtra room and ade cloakroom!!.. sewa umah tambah 150 from current flat tapi sbb this year kena byr council tax;107 pound permonth but start sept tak yah bayar sbb Adi full-time student so tambah sikit jelah lagi dari yang kami byr sekarang ni… so sape-sape nak datang meh lah datang, tak yah tido kat ruang tamu dah… heheheheh…

Comments (7)

hahahaha

artikel yang membuatkan saya ceria…

Macam-Macam: Manusia disangka hantu

TIANJIN: Seorang pemandu teksi yang melalui kawasan perkuburan pada waktu malam memberhentikan kenderaannya secara mengejut dan lari selepas mengesyaki penumpang wanita yang dibawanya adalah ‘hantu’.

Pemandu teksi itu, Li, dari Baodi di daerah Tianjin, China, berkata ketika menoleh melihat penumpang yang baru diambilnya, dia terkejut melihat wajah wanita itu dipenuhi darah.

Penumpang itu, Wang, berkata dia bukanlah hantu.

“Ketika dalam teksi itu, saya melihat beg mengandungi barang runcit yang dibeli apabila pemandu menekan brek. Saya baru buka botol sos tomato dan sos merah itu tumpah ke muka saya,” katanya. – Agensi

*copy from BH

Comments (3)

Penat m(_ _)m

ponatnya hari ni… woke up 3 am to cook chicken rice for sale. after bungkus, kul 12ptg g kerja for lieu time until 8pm… huargggghhhhhhhhh penat2… lenguh, nak bongkok pun tak leh

i need a nice body massage!!!!!!!!

Leave a Comment

Isteri solehah perhiasan paling membahagiakan

SYURGA di dunia ini adalah rumah tangga yang bahagia, penuh dengan rasa sakinah, mawaddah dan rahmah. Neraka pula rumah tangga yang hancur, suami isteri saling menyalahi, curiga, tidak saling mencintai dan jauh daripada rasa sakinah mawaddah dan rahmah.Sesungguhnya, dengan berkahwin, suami tidak saja mendapat seorang isteri, tetapi seluruh dunia. Rasulullah s.a.w pernah bersabda sebaik-baik perhiasan dunia adalah isteri solehah yang akan menjadikan rumah kita bagaikan syurga – baiti jannati.

Sejak perkahwinan sampailah ke akhir hayat, insya-Allah, isteri akan menjadi sahabat terbaik suami.

Dengannyalah suami berkongsi suka, duka, impian, harapan dan juga kecemasan. Ketika sakit, dialah yang akan merawat. Ketika memerlukan pertolongan, dia akan melakukan apa saja untuk suami.

 

 

Ketika berkongsi rahsia, dia akan menjaga rahsia itu dengan amanah. Ketika perlu nasihat, dia akan memberikan nasihat terbaik.

Dia juga akan selalu bersama suami. Ketika terbangun pada waktu pagi yang pertama suami lihat adalah isterinya. Dia selalu memikir dan berdoa untuk kebaikan suami dengan sepenuh hati dan suami ada dalam fikiran, doa dan hatinya.Ketika tidur di malam hari, perkara terakhir yang suami lihat adalah dia. Suami dunianya dan dialah dunia suami.

Sebenarnya, hubungan antara suami isteri penuh dengan hal mengagumkan. Tidak mudah digambarkan dengan kata-kata betapa rasa cinta, kasih sayang, keintiman, kedamaian serta kesejukan yang mengisi hati pasangan itu.

Penjelasan rasional semua itu adalah anugerah daripada Allah s.w.t dan atas kehendak-Nya. Allah mengingatkan manusia yang mencari kewujudan-Nya bahawa satu daripada tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menjadikan rasa kasih dan sayang.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri daripada jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (Surah Ar Rum: Ayat 21)

Tetapi hati manusia bukan statik. Ia sangat dinamis. Perasaan dapat berubah setiap waktu. Cinta pun boleh terbang dan hilang. Ikatan perkahwinan boleh menjadi lemah apabila tidak dijaga dengan baik.

Rumah tangga tidak dapat dijamin sentiasa bahagia. Perlu usaha daripada kedua pihak untuk saling memelihara rasa kasih dan sayang. Ibarat sebuah pohon, tanahnya perlu dirawat, dijaga dan dipupuk.

Bagi suami, mereka hidup dalam persekitaran sibuk dan melelahkan serta dikelilingi pelbagai tanggungjawab. Ada ketikanya dia tidak dapat meluangkan waktu bersama isteri dan terpaksa bersendirian dalam kesibukan kerja dan komitmen tugas.

Suami perlu pastikan keadaan itu tidak terjadi terus menerus. Cubalah sesekali luangkan waktu untuk melakukan kegiatan secara bersama dengan isteri anda.

Rasulullah pernah meluangkan waktunya untuk berlumba lari dengan Aisyah r.a.

Justeru, berjalanlah dengan isteri beriringan. Lakukan aktiviti bersama, mengunjungi teman bersama, berkelah bersama atau membeli-belah bersama.

Selalulah menjaga kemesraan dalam perhubungan. Kehidupan moden hampir mengubah kita menjadi robot atau mesin teknologi tinggi tanpa emosi.

Menunjukkan emosi dan perasaan yang dirasakan adalah perlu untuk menjaga ikatan perkahwinan daripada menjadi berkarat.

Jangan meremehkan hal penting yang nampak kecil seperti memberi isteri wang perbelanjaan, memicit bahunya atau membukakan pintu kereta dan sebagainya.

Ingatlah Rasulullah pernah menyediakan kakinya untuk membantu isteri naik ke atas unta.

Usahakanlah untuk menyediakan waktu solat berjamaah dengan isteri. Memperkuatkan hubungan dengan Allah adalah jaminan terbaik agar perkahwinan sentiasa kukuh.

Rasulullah memberi sanjungan sangat tinggi bagi pasangan bangun malam untuk solat bersama atau masing-masing membangunkan pasangan untuk solat sekalipun dengan memercikkan air di muka.

Lakukan usaha terbaik untuk isteri dengan kata-kata dan perbuatan.

Berbicaralah kepadanya dengan baik. Senyum dan minta nasihatnya. Mintalah pendapatnya dan luangkan waktu berkualiti dengannya dan selalu ingat Rasulullah bersabda: “Yang terbaik di antara kamu adalah yang terbaik memperlakukan isterinya.”

Pasangan yang berjanji untuk saling mencintai dan menghormati sampai akhir hayat adalah sangat baik.

Tetapi hal ini tidak cukup. Suami harus mencintai apa yang dicintai isteri seperti keluarganya dan hal yang dia cintai harus menjadi kecintaan suami pula.

Rasulullah mencintai Khadijah, isterinya menemani baginda selama 25 tahun. Baginda terus menerus mencintai Khadijah dan mengingatnya.

Selepas kematian Khadijah beberapa tahun kemudian, Rasulullah tidak pernah melupakannya, bahkan sanak saudara dan teman Khadijah baginda utamakan yang kadang-kala membuat Aisyah cemburu.

Cintailah isteri tidak hanya sampai dia meninggal dunia tetapi tanamkan hasrat mahu terus bersamanya di akhirat kelak, insya-Allah.

 

Comments (3)

Older Posts »