Archive for September, 2008

Salam Aidilfitri

Saya dan suami (jugak baby dalam peyut) ingin mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

kepada kedua ibu bapa kami; Hj Judin & Hjh Che Nail dan Hj Solahudin & Hjh Norjanah, adik beradik tercinta, saudara mara tersayang serta sahabat handai yang sentiasa diingati dan dirindui. Semoga bergembira di Aidilfitri. Kepada yang balik kampung; drive or flight or bus, berhati-hati dalam perjalanan dan selamat pergi selamat kembali (like my guru besar masa sekolah rendah cakap; “pastikan semua anggota badan lengkap cukup masa balik ke sekolah,sama seperti sebelum cuti”) Kepada yang berhari raya di perantauan; walaupun tak sama seperti di Malaysia tapi harap semua menikmati Hari Raya dengan ceria.

Kami ingin memohon ampun dan maaf diatas salah dan silap, terasa hati. Halalkan makan minum atau tumpang umah. Semoga ikatan persaudaraan kita semua kekal selamanya.


Get Hari Raya Graphics Here

ps: bristol raya hari selasa = ESOK RAYA!!!!

Comments (3)

Cabot Circus

Entry khas untuk DUG.

Dug, Cabot Circus dah buka dah semlm!!! kitaorang dah g tgk dah… best giler (as best giler kat bristol lah kan)!!! ade byk kedai makan especially ada Yo! Sushi yang besar… hehehe tu shu suka… ade kedai apple.. tu buat joned giler… pape pun syok lah Cabot Circus dan lawa design dia.. heheheh

Kat belakang ada lambang Yo Sushi

bangunan yang outdoor tapi ade bumbung gelas

Comments (8)

10 malam terakhir

Sedar tak sedar dah masuk 10 malam terakhir bulan Ramadhan.Bagi saya setakat ni Ramadhan tahun ni mmg bertambah baik dari Ramadhan tahun lepas.. Alhamdulillah.. Harapnya Ramadhan tahun depan lebih baik daripada tahun ni dan berikutnya.. InsyaAllah..

Dalam masa seminggu lagi, kita akan menyambut Syawal. Berbeza dari tahun-tahun lepas, tahun ni saya lebih ‘tenang’ hadapi Hari Raya.. kalau last year, lagu raya mmg digam dipasang sbb setiap kali dengar lagu raya menangis ( maybe sbb last year the most emotional year for me).. masa kat Okayama pun 4 kali beraya, 4 kali lah sedih.. but this year, rasa macam ‘berserah’ sbb masih beraya di perantauan buat kali ke-6… heheheh…Adi cakap dia seronok betul raya sekarang sbb tahun-tahun sebelom ni dia tak beraya pun but since last year, dah bergaul dgn komuniti melayu & masuk golongan family dan raya paling meriah kat Bristol last year, dia looking forward for sambutan Hari Raya tahun ni. For me, ま~ま~(mean;okay lah~), sbb beraya masa kat Okayama lagi meriah sbb beraya dgn “famili” Okayama.. but better than nothing, right? masih ternanti-nanti bila nak beraya bersama keluarga tercinta di tanah air.

Tahun ni masih bercita-cita nak buat kuih raya tapi belom ada momentum lagi nak start buat kuih raya.. Tgklah malam esok ker.. bahan2 dah beli dah cuma tunggu sampai seru je.. heheheh.. nanti bila kuih raya ku siap akan ku letak kan gambar kat sini.. tungguuuuuuu~~~~

Comments (5)

Masjid Okayama

Pelajar-pelajar Islam di Okayama sedang mengadakan kutipan derma untuk membina masjid. Sila panjangkan berita ni dan kalau ada yang ingin menderma sila pergi ke website di bawah.

Okayama Mosque

Comments (2)

Older Posts »