(Ni postponed update sbb ketiadaan internet; ni pun tgh kat opis Adi teman dia buat kerja. )
~5 Syawal~
Hari Sabtu (4hb 10) kami ada sambutan Aidilfitri anjuran MCB kat Redcatch Hall, Knowle. Kakak-kakak dan abang-abang ada yang masak satay, nasi minyak, ayam masak merah, kuah kacang, rendang, nasi impit, lemang dan ada jugak yang bawak pencuci mulut sebagai hidangan tambahan. Saya buat air asam aje. Dah lah air asam tu tumpah dalam kete, habis boot kete berbau. Pagi tu kami bawak jugak budak-budak undergrad UWE untuk beraya bersama-sama. Kesian kat budak-budak tu, baru sampai 2 minggu dah beraya. Ada yang tak jumpa lagi butcher halal pun ada jugak. Meriah jugak walaupun tak semeriah tahun lepas sbb tahun ni tak berapa ramai yang joined pastu kawan-kawan pun ramai yang dah balik esp Duggie, Pimad, Syigha and Anis. Untuk memulakan majlis, kami bertakbir (walaupun sebenarnya tak boleh takbir selepas asar 1 syawal) untuk bg suasana raya. pastu apalagi, upacara makan lah! Syok betul makan. Huhuhuhu… makan sampai perut terasa penuh betul.. kemudian sesi bergambar.. ada gambar beramai-ramai, ada gambar kaum ibu sahaja, ada jugak gambar family.
Disebabkan raya jatuh tgh2 minggu, dah ada yang dah buat openhouse so pada ptg sabtu tu takde pulak jemputan openhouse (keciwa betul!!!heheheh). After kul 2ptg suma balik umah masing2. Sbb terasa rugi pulak mensia-siakan petang yang masih awal, kami ajak budak2 UWE tu and muka-muka biasa dtg lepak kat umah kami tgk dvd. derang lepak sampai kul 5 camtu, pastu masing2 dah letih dan pulang ke umah.

~6 Syawal~
Ada jemputan openhouse dari Abg Abdullah & Kak Fariza. Yeay!!! tapi sbb Adi nak buat sesuatu yang menggunakan internet, kami kena g umah Zaki dulu tumpang internet. Tapi Zaki & Mall nak kuar bawak ‘anak’ derang; Zaki Coventry g kuar beli brg. So tinggal lah kami berdua kat umah derang tu. Pastu tetiba derang ajak g Cabot Circus. So okaylah pusing2 kat Cabot Circus tu walaupun saya takde ape nak beli (tgh tahan dr membeli sbb nak tunggu beranak baru boleh shopping baju..kekekek).. so tengok-tengok aje.. dalam kul 6 baru g umah Abg Abdullah.. ade Nasi Dagang Terengganu dan Nasi Kerabu. walaupun tinggal sikit aje (tulah sape suruh dtg lambat lagi!) tapi alhamdulillah rezeki, tak payah masak malam.
~12 Syawal~
Masih mood raya. Kami pergi ke Birm sbb Sal ajak dtg ke openhouse dia. Sal ialah kawan Adi masa KMYS dulu, so dia ada ajak jugak kawan-kawan KMYS. Adi teringin sgt nak jumpa kawan-kawan KMYS yang masih ada kat UK ni sbb mostly dah balik Msia.(husband i ni kaki gosip, tu nak carik gosip baru lah tu!) Late morning bertolak dr Bristol, around kul 1 sampai Birm. Sbb openhouse ni just for close friends, dapatlah kami makan byk tanpa segan silunya.. hehehe.. Chef Sal hidangkan, Laksa Terengganu dan Nasi Dagang Terengganu yang sgt sedap.. burpppp… sekali lagi Alhamdulillah rezeki. dah habis melepak dan bergosip walaupun takdelah gosip hangat meletop pun, dalam kul 5ptg kami pulang ke Bristol.
Sampai ke Bristol, kami terus ke umah Zaki & Mal sbb derang pun buat openhouse jugak. Disebabkan rumah Zaki&Mall ni dah mcm rumah kami yang kedua, kami buat cam umah sendiri jelah. heheheh.. Dirumah Zaki & Mal, kami dihidangkan dengan Soto dan jugak rendang dan kuah kacang. Tapi sbb Soto tu lebih menyelerakan, kami makan Soto aje. Saya makan 2 mangkuk penuh! dah kekenyangan tu, tetiba Pet ajak g beraya ke umah Abg Asri. Sbb orang dah ajak, kenalah pergi. Walaupun dah kenyang, merasa jugak Laksa Penang dirumah Abg Asri. Masa sampai tu, ada Kak Enny dan Abg Nato. Sbb lama tak jumpa bersembang dengan derang sampai hampir kul 11mlm baru balik.

~13 Syawal~
Beraya di Gloucester; umah Abg Awie & Kak Ros. Abg Awie ni student UWE jugak tapi branch Gloucester. Bertolak dalam kul 12.30tgh hari around 40-45mins sampai lah kami. Ade Nasi Ayam, Ayam BBQ dan Mee Kari. Disebabkan umah Abg Awie ni jauh dari Bristol, semua yang dtg melepak kat situ sampai ke petang terasa meriah sangat. Kebetulan haritu Hari Lahir Amani (anak Kak Eyja & Abg Zul) yang ke-3, Kak Eyja ambil kesempatan untuk sambut kat umah Abg Awie. Meriah dengan budak-budak siap ade belon lagi! Petang pulak kami ke ladang apple sbb ade budak-budak malaysia yang belajar kat Mesir kerja kat situ. Sempatlah bergambar dgn buah apple yang ranum. Sbb sampai lewat, kami ‘dihalau’ oleh tuan ladang suruh balik sbb dia nak masak malam.. heheheheh….

~19 Syawal~
Beraya dirumah Myra & Addi sekali dengan sambutan birthday Aiman yang ke-4. Kami dtg lambat sbb bangun lambat pastu kalut pulak g beli hadiah, orang lain dah habis dah makan. Kat umah Myra ade adik Myra dan jugak Na & Jack serta muka-muka biasa ler..hehehe… Myra jamu kami dengan Laksa Kelantan dan Lamb Roast dan Chicken Roast. Masa kami tiba, Aiman tgh moody sbb dia tak sabar nak buka hadiah! kecian dia.. lepas semua habis makan, sambutan birthday Aiman pulak dengan potong kek dan buka hadiah. yang kelakarnya bila hadiah dah buka, yang excitednya bukan Aiman, pok cik-pok cik nya yang terlebih excited nak main dari birthday boy!
dalam pukul 3.30ptg kami semua ke rumah Kak Ani. Tak sabar nak makan Kek Lapis Sarawak dan jugak Nasi Beriani Johor (ade jugak Laksa Johor). Tapi Nasi Beriani tu sgt sedap, saya makan nasi aje tak amik pun laksa. Pastu melantak kek lapis dan kuih raya… heheheheh… rezeki melimpah ruah di bulan Syawal.
