Archive for January, 2009

Officially ‘Elyas’

Its been more than a week since my last entry. Enjoying every seconds with Elyas. Hohoho.. Elyas is 3weeks plus but already have hundreds moods!!!

Last Saturday we went out. By ‘we’, I mean including me & Elyas!! Finally, after 22 days ‘terperangkap’ dalam hospital & umah (tgk dunia luar masa kuar spital, tu pun dah mlm gelap dah) we can took fresh air outside!!! The original plan was to register Elyas at Registration Office. But because we want to go to London this weekend to make Elyas’ passport, we want to take his passport photo as well.

Appointment at 10.15am, in the morning we were getting ready, packed Elyas changing bag. Elyas was sooo handsome wearing new cloth!! hehehe.. On that day, I was still ‘dalam pantang (23days)’  so, Mama asked my to bring with me a sharp thing like knife or nail or scissors (petua org tua2) to avoid bad things happen or bentan. Two days ealier, Elyas in a bit moody and start nangis jerit-jerit with his high pitch voice (he is changing his mood every week), but that morning he was so calm and good mood (thank goodness!). On the way to City Center, we put Elyas on his carseat. Firstly, he cried because he wasnt comfortable but when the car start moving, he stopped crying and looking outside passionately with his ‘thinking’ face ! cerdik anak mama nih..  then he fell asleep until we reached at The Mall car park. The weather was really cold for me (yang berzaman tak keluar umah) and Elyas,so we put him in his stroller and wrapped him with thick blanket. First place we went, of course the General Register Office Bristol and after 23 days Elyas is officially be ‘ELYAS’!Cant change anymore lah after this.

elyas-0791

elyas-082

Then we went to St Nicholas Market (setaraf CM kl ler tuh) just to show the market to Mama and I tried to search for a pashmina (easy to use as cover when breastfeed) but unfortunately I cant find one. After browsing the market, we went for a coffee just to warm ourselves. Elyas was really a good boy, he just keep sleeping… hohoho.. sonang koje mama! Then we went to Bristol City Center and straight to Bristol Cathederal. When we arrived at College Green, Elyas woke up and cry because it was his lunch time!! Kalut kami nak carik tempat nak netekkan Elyas, akhirnya kami masuk Library. heheheh.. after BF and changed his nappy, we took a few pics then returned to City Center. When we arrived, there was a boat for tour and we decided to ride that boat for the first time!! hahaha.. setahun lebih dok sini, baru lah pertama kali nak naik bot tu walaupun dah byk kali ajak Adi. 3pounds/person for 40mins round trip; not bad for fun.

elyas-088

elyas-097

elyas-098

elyas-104

elyas-132

For late lunch, we went back to St Nicholas Market because we found a Moroccan stall which is halal. Me and Adi tried Morocco Lamb with rice which were really delicious and Mama ate Morocco Chicken with rice. While I was eating, Elyas woke up for his tea time, and I need to BF him inside toilet cubicle!! sedih tul.. (eventhough mat saleh slumber bogel2 and pakai baju tak cukup kain but they are not very open about BF.. tak paham betul)

elyas-138

 While walking around, we looking  for a photo shop that do passport pictures for baby but we cant find one!! huh.. kat malaysia berlambak kedai gambar, kat sini susah betul. When the day getting dark and colder, we just went back home. Kesian kat Elyas, sejuk. 

That was Elyas’ first day out.. This weekend Elyas is going to London.. yeayyyyyy! 

Comments (10)

Berpantang

Adui.. anak bujang ku sorang ni mcm lagu nenek-nenek si bongkok tiga; siang tido memanjang tapi malam payah betul nak tidokan dia. Time siang ajak main pun dia buat dek je tido, malam nak tidokan dia tak leh letak mesti terjaga, nak dipeluk aje. baru 2 minggu dah pandai manja-manja.

Ok. This entry nak cerita serba sikit pasal pantang.

Walau pun orang kater bila C-sec tak leh berbarut berbekung tapi saya pakai je barut sbb belah tu bawah bahagian perut bukan atas perut, jadi tiada masalah nak pakai barut. Untuk set jamu ni, mama dah belikan set bersalin Ammy 60 days Sendayu Tinggi, mahal gak, Rm300.  Set tu siap ngan param (body tone), tapal (tummy tone), minyak urut, jamu makan dan minyak urut baby. Bengkung pulak mama sp bg, bengkung tu dah siap ada herba.

Start berpantang bila kuar dari hospital. Rutin berpantang yang saya buat. Bangun pagi makan breakfast dgn jamu. Then, bertangas dgn wap air daun dan akar kayu pas bertangas tu berendam dengan air akar kayu tu pulak sambil gosok badan guna daun tu. Daun & akar kayu tu abah beli kat kelantan. Bertangas ni bagus untuk kecutkan rahim (sbb saya pun dah dilated 9cm so kena tutup balik ler) dan mandi air panas untuk hilangkan angin dan hilangkan penat. Lepas mandi, mama akan urut satu badan guna minyak panas dan sapukan param, tapal dan pilis (letak kat dahi). Fungsi param, tapal dan pilis ni sama je; kecutkan seluruh badan sbb badan dah kembang masa ngandung dan untuk buangkan angin dalam badan dan juga untuk kuruskan semula badan. Lepas berurut dan pakai semua tu, pakai bengkung pulak. Sepatutnya bila pakai menda tu semua, byk kentut untuk hilangkan angin tapi saya masa 3 hari pertama tu tak leh kentut jadi angin bergolak dalam badan, jadi saya termuntah untuk kuarkan angin. masa muntah tu sakit giler sampai nangis sbb masa tu kesan epidural tu tangkap sakit belakang dan angin tu tangkap sakit kat depan; rasa cam kena contraction lagi skali!

Untuk pantang makan pulak. Saya tak lah makan nasi dengan ikan kering je. Makan je ikan, daging dan sayur tapi ikut jenis. Sayur yang boleh makan hanyalah lobak merah, sayur hijau (sawi, bayam etc), kacang buncis, potato,celery dan lobak putih(bykkan susu). Sayur sejuk dan berangin spt timun, kcg pjg, tomato etc tak boleh makan. Disebabkan kena C-sec, saya tak leh makan ikan kembong, ayam, sotong dan udang untuk ngelakkan gatal. Cuma lauk untuk saya byk guna bawang putih, halia, lada hitam dan kunyit; bahan2 untuk kuarkan angin dan kecutkan rahim. Disebabkan saya anaemic, saya byk makan benda yang high iron seperti hati, salmon, prunes. Cili pun takleh makan nanti takut baby sakit perut. Minum pun hanya boleh minum air yang suam panas tapi tak leh minum teh. Setakat  ni saya minum horlicks ngan chocolate je. Disamping tu, saya minum air akar kayu dan juga air kunyit hidup.

Alhamdulillah. baru 2 minggu rahim saya dah kecut dan berat badan dah turun balik pada masa sebelom ngandung tapi masih gemuks lagi la… hehehe.. pasni kena diet bebetul nak balik msia nih.. harap dapat turun at least to 50kg.. Dan juga dah boleh bergerak dgn mudah, walaupun tak leh lah turun naik tangga laju2 lagi dan angkat brg berat. walaupun dah better tapi masih lagi kena berpantang dan berbarut.

img_4449

muka sememeh dgn pilis di dahi

Comments (6)

Baby blues

Elyas tgh tido, baru lepas kekeyangan minum susu jadi boleh lah tulis blog lagik (bosan tak de apa nak buat). Ni nak cite pasal ‘baby blues’ yang saya alami.

Disebabkan kena C-sec and kena infection pulak tu, terpaksalah dok dalam ward lama sikit dari yang beranak biasa. Masa siang 25hb tu, pas bersalin, mama & Adi balik umah untuk berehat. Petang tu baru derang dtg melawat beramai-ramai. Semua masuk kecuali Syaqir sbb umur bwh 13thn. Semua pun excited giler tgk Elyas. Tapi saya time nih kepala masih pening-pening lalat lagi, mungkin sbb kena bius kot. Derang stay sampai kul 8mlm. Bila semua orang balik tinggal lah saya ngan Elyas. Sedih nya… Siang tu dah start try bg breastfeed kat Elyas tapi maybe dia pun penat baru lepas struggle nak kuar, siang tu dia tido je. Malam tu masih try BF. Bila BF dia cam tak berapa pandai buka mulut luas-luas dan badan dia dah keras, berlawan nak BF. Dia tolak kepala dia kebelakang, saya tolak kepala dia ke depan. Last2 dua2 stress. Terpaksa expresssed colestrum dan bg kat baby guna shringe. Then dari kul 9mlm sampai kul 1pg tak leh nak letak. Asal letak je nangis. Saya dok pegang dia sampai tertido tersengguk-sengguk. Last solution, saya panggil midwife. Mula-mula midwife try tolong saya BF tapi Elyas masih tak stop nangis. Last skali, midwife bawak kuar Elyas dan dia soh saya tido. Sebelom tu, around 9mlm dokter dtg jumpa, dia kater saya anaemic. Haemoglobin saya hanya 7.3 sahaja (normal 13-15 dan mama sp ckp kalau bwh 8 mmg kira teruk gaklah). Dia suggest saya amik blood tranfusion rather than amik iron tablet yg makan masa berbulan untuk kembali kpd asal. Jadinya kul 2pg, midwife dtg kejut soh g delivery suite untuk blood tranfusion, masa tu baby Elyas dah calm down, jadik kami pun bertukar ke delivery suite.

Duduk kat delivery suite tu dari kul 2pg sampai kul 3ptg! Sebabnya saya kena masuk 3 paket darah plus drip antibiotik. Kul 2ptg Adi dtg. Lega sikit hati. Elyas pulak asyik meragam. Tak nak breastfeed sgt pastu tak nak letak.  Saya masih lagi susah nak gerak feeling useless betul. Terpaksa panggil midwife untuk amik / letak Elyas kat cot. Malam tu, mula2 Elyas ok. Baby lain nagis pun dia rilex je tido. Skali nya bila tgh malam, dia melalak tak henti-henti. Bagi BF pun dia isap tak betul sampai nipple bengkak. Bila kul 2 pg tu, saya dah mula stress, dengan saya sekali pun nangis!!! masa tu terpikir, patut lah ada orang boleh pukul baby kalau tak cukup bersabar. sepanjang malam dia nangis, tak nak letak bertambah dengan saya yang masih tak berapa kuat mmg terasa stress sgt!!! sampai kul 5 pagi saya panggil midwife sbb dah buntu nak buat ape. Seperti malam sebelom tu, midwife bawak kuar Elyas dan bg dia formula milk sbb dia lapar tapi dek kerana dia refused to BF dia tak dapat susu yang cukup.  Siang tu pun, Elyas masih byk menangis. Dan saya dah mmg stress giler. Tanya Midwife bila boleh kuar spital, dia kater mungkin esok bergantung pada keadaan baby. Elyas pun kena pasang drip jugak kat tangan dia untuk cucuk antibiotik. Kalau Elyas sihat/ bebas dari infection pape baru boleh kuar.  Malam ketiga kat spital pun masih mcm malam sebelomnya. Elyas asyik nangis, dan saya pun nangis sama. Nangis nak balik. Masa tu perasaan bercampur aduk. Tension, geram, sedih, tak tentu hala, rasa marah kat Elyas sbb tak nak nyusu dan nangis aje, rasa sedih sbb terasa I’m not a good mother sbb tak boleh control / calm down kan Elyas. Pagi2 tu saya terus tanya midwife boleh balik ke tak, dan midwife ckp dia akan masukkan nama saya dalam list untuk balik hari tu. Kul 10pg Adi dtg teman kan saya. Sementara nak bg boleh balik tu dia check dulu baby ok ke tak. By tgh hari paediatric dtg dia cakap Elyas sihat dan mungkin boleh balik. Sebelom dia bg balik, midwife kena timbang dulu berat Elyas, dia mesti tak turun berat more than 10% dr berat masa dia lahir. Saya dah syok nak balik, dah suruh Adi kemas kan barang2. Bila midwife timbang, Elyas hilang 10.8%, dia dah nak tahan kami berdua kat spital lagi satu malam. Masa midwife cakap saya mungkin tak leh balik lagi, terus saya nangis teresak-esak. NAK BALIKKKK!!!! dah tak leh tahan duduk kat spital sorang-sorang tgh malam jaga Elyas. Akhirnya midwife cakap dia tak happy nak bg balik tapi dia tak leh nak tahan kalau saya nak balik sgt. So dia discharge kami tapi dgn syarat, esok ada midwife dtg umah akan timbang berat Elyas, kalau Elyas turun lagi berat dia kena masuk spital balik. And I said, fine, I understand that, but I just wanna go home for at least 1 night. kalau kena g spital balik tu lain cerita.

Petang tu balik umah, terasa lega sgt. Mlm tu terus start berpantang; pakai param, pilis, barut, berurut etc. Tapi mlm tu sbb saya dah penat sgt, Adi yang berjaga satu malam untuk BF kan Elyas. saya tertido tersengguk-sengguk, suakan breast aje tapi Adi yang angkat Elyas, ’paksa’ Elyas BF.  After 2-3 days, saya masih lagi baby blues especially malam bila Elyas nangis tak henti. Mujur ada Adi, 2 mlm pertama tu saya nangis sbb rasa down sgt after traumatic labour, then difficulty tuk BF, plus sakit badan especially pinggang kesan daripada epidural.

Walaupun dah baca macam-macam buku dan g klas ante-natal, tapi bila hadapi sendiri mmg sometimes clueless and need a really good support masa mula-mula jadi parents nih.

Comments (7)

Bersalin

Heloooooo……

I’m back!!! Alhamdulillah, sekarang dah settle down sikit boleh lah curi masa update blog. This entry, nak cerita pasal pengalaman saya bersalin. SAKITTTTTTT WOOOOOOO!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

23hb
Masa ni dah dah overdue 10 hari tapi sbb tak de tanda nak bersalin, kitaorang decided nak g Clarks Village untuk shopping memandangkan saya akan kena induce 25hb. Pagi tu before pergi dah rasa sakit perut sikit. Tapi ingat sakit biasa-biasa je. Tapi bila sampai dah makin sakit then bila buang air kecik ada kuar darah, dah start cuak tapi memandangkan semua orang sakan shopping saya tahan aje lah sakit perut tu. Tapi bila rasa baby cam tak gerak sgt, lagi cuak so dalam kul 4.30 ptg call in duty midwife dan dia soh call spital untuk g check. Walaupun midwife soh call spital tapi lepak lagi shopping sampai kul 5.30ptg, sampai kedai tutup. Dapat ler handbag sebijik.. hehehe.. sampai Bristol baru call spital then kul 8 mlm gi Day Assessment Unit untuk check. Baby ok and by this time dah dilated 2cm dan buat membrane sweep lagi skali. Midwives tu ckp dalam 12hrs- 24hrs maybe dah labour. Balik malam tu, contraction makin terasa. Orang tak pernah kena period pain ni, tak senang duduk ler. Malam tu tak leh tido sbb dah start sakit. Masuk ofuro (hot bath) tuk kurang kan sakit then jalan2 dalam bilik sbb dah tak boleh nak baring. sambil tu kira contraction.

img_4279

24hb
around 6pg contraction dah 60sec length for every 3-5mins. Call delivery suite tuk cakap nak dtg spital. After breakfast, dalam 8.30pg dah checked-in birth suite. Adi & Mama temankan gi spital. Masa ni mmg dah start gak lah tertonggeng-tonggeng. Kul 9pg midwife check dah dilated 3cm. Contraction dah makin terasa. Kul 1pm, midwife check lagi, tapi still 3cm dan dia pecahkan air ketuban untuk cepatkan proses. Masa pecahkan air ketuban tu dia suh guna ‘Gas & Air’ (laughing gas) untuk hilangkan sakit. Lepas aje pecahkan air ketuban tu, contraction makin teruk dan sakit giler. Sampai satu tahap, saya teroverdose sbb sakit sgt saya sedut aje gas tu tak lepas-lepas!!! By pukul 4pm, still tak terbuka rahim tu. Dan masa tu dah sakit giler, saya mintak epidural sbb dah tak tahan sgt. Sbb tak buka rahim tu, midwife transferkan saya ke Delivery Suite untuk induce dan amik epidural. Sekali masa midwife nak setkan saya tetiba ada org dtg dan dia kena masuk bilik bedah. Dan GA pun dalam bilik bedah jadi kena tunggu dia habis baru saya boleh dpt epidural. Masa ni sakit tak hingat!!! Plus dengan badan saya dah lemah mmg rasa cam nak putus nyawa!! Sementara tunggu tu, saya mintak ‘Pethidine’. Pethidine ni bagi rasa ngantuk dan kurangkan sakit tapi setiap kali contraction still kena pakai ‘Gas and Air’ dan pethidine ni tahan lebih kurang 2jam je.. Kul 7mlm, baru derang masukkan epidural & induced. Lepas dapat epidural baru boleh relax dan berfikir dgn betul sbb ‘Gas and Air’ dan Pethidine buat kepala jadik weng dan not really aware dengan keadaan sekeliling, cakap pun tak dengar bijik butir sgt. Bila dah induce baru rahim makin terbuka, sementara nak tunggu full dilated (10cm) sempatlah tido lepas seharian kesakitan.

img_4282 

25hb
Mula-mula semua ok, tapi masa kul 3pg tetiba suhu badan naik dan baby’s heart beat pun tinggi cecah 180. Doctor pun dtg check dan tak leh tunggu full dilated walaupun dah 8cm, terus ke bilik bedah.Kul 4pg masuk OT. Masa masuk OT, doctor check lagi,kalau dah fully dilated kena forcep tapi sbb masih blom sampai 10cm terus kena C-sec. Masa tu keciwa betul, kalau boleh nak bersalin biasa dan dah seharian sakit, just lagi 1cm je terpaksa C-sec jugak, agak ralat lah. Kul 4.21 am lahir lah baby Elyas dan 4.23 am doctors kuarkan placenta. Rupa-rupanya, saya kena infection dan placenta tu dah rosak teruk dan berbau busuk,kiranya baby duduk dalam air bisa dah. Dan atas health & safety kami tak dapat bawak balik placenta tu. Tawakkal ajelah.

 img_4295

Kalau kira dari kul g spital kul 8mlm 23hb tu sampai baby lahir, 32jam dan berjam-jam menahan kesakitan teramat sgt. Some lucky people boleh bersalin dengan mudah, sakit perut kul 8pg, kul 10pg dah bersalin, tapi saya tak termasuk dalam golongan tu Tambah pulak dengan policy spital kat sini yang kalau boleh nak soh bersalin se-natural yang boleh terpaksalah tahan sakit yang sampai satu tahap terpikir sempat ke tengok baby ni lahir. But syukur Alhamdulillah, i gave birth to a beautiful son.

Comments (13)

Older Posts »