masa depan ku kabur
that was my tag line since I married to Adi.. opss.. jangan salah sangka saya tak suka pulak nak kawin
I used to be ‘I know what I’m gonna do next,I have an aim and how to achieve’ type of person..
biasalahkan; bila sekolah rendah target 4A UPSR, bila F3 nak dapat 8A PMR then masuk aliran teknikal kat SBP atau Sek. Teknik, bila F5 nak dapat 10A (tapi tak dapat pun) pastu nak masuk U nak jadik Engineer, masa kat U (UTM for 3bln) dah target kalau boleh nak Anugerah Dekan pastu nak kerja jadik Engineer pastu dalam 3-4 tahun amik test IR, tapi dapat g Jepun (alhamdulillah sbb mmg teringin nak sambung kat sana) masa kat AAJ dan ada terasa penyesalan disitu sbb susah gileeeerr study tapi at least ada matlamat iaitu dapat fly g Jepun walaupun cukup-cukup makan je, masa kat Okadai (Okayama U) pun camtu gak, matlamat mesti habis dalam masa 4 tahun walaupun byk yang cukup-cukup makan je (cukup-cukup makan pun markah 60++ tau!!)
bila kawen ngan Adi masa final year (lagi 6 bulan before grad), dah mula tak tau hala tuju bila habis nak buat ape sbb akan bermastautin kat UK pulak, cadang nak carik kerja engineer, kalau tak pun nak study part time amik interior design, tapi malangnya ijazah saya ni tak laku kat sini (sbb bukan local grad & semestinya saya bukan british), bekerja lah saya sebagai juruwang di kedai DIY, nak sambung study pulak fee mahal berganda untuk bukan EU. walaupun part time, katelah yuran untuk EU 1000pounds , kalau untuk non-EU ada dekat 3000pounds.. dah tu macam mana??? lagipun Adi pulak blajar dan harapkan biasiswa kadar orang bujang (Adi tak dpt biasiswa master sbb course dia la ni dikira second degree), nak hidup selesa saya kenalah bekerja untuk top-up duit belanja rumah walaupun sekadar juruwang ;yang penting tiap bulan duit masuk.
jadiknya saya apply sambung MSc (walaupun separa hati sbb kepala otak dah berkarat, lama sgt tinggal ilmu blajar nih). Alhamdulillah tawaran dah dapat, tapi sekarang kena tunggu keputusan loan. nak pulak sekarang ni tgh kegawatan ekonomi, tak tau lah buleh dapat ke tak loan tu. Kalau lah loan tak lulus, kena pikir alternative lain tapi yang pasti kalau tak dapat loan, saya ngan Elyas balik Msia for good, tunggu Adi balik bila dia habis blajar ajelah..
Oppss.. panjang pulak mukaddimah nye.. nak luah perasaan yang saya sangat cemburu tengok/baca orang-orang yang tau dia nak buat apa. tak kisah lah jadik Engineer ke, ejen insurans ke, cikgu ke, tukang jahit ke,sambung study ke, waima surirumah sepenuh masa sekalipun; sekurang-kurang nya dia tahu dan happy dgn hidup dia. bukan macam saya ni, nak jadik engineer pun entah bila, nak jadik pelajar pun tak tentu lagi,kalau jadik surirumah sepenuh masa kepala serabut dengan duit tak cukup, nak amik course menjahit/smocking; dah jenuh dah belek internet & yellow pages bristol nih tapi tak jumpa. dah tu nak buat apa?? seriously; MASA DEPAN KU KABUR