after more than a month back to KL, I started to moan everything that annoyed me. not to condemn but SAKIT HATI tau! oleh sebab nak membebel lebih sedap guna BM.. heheh
- suka potong line – haishhh… geram betul orang yang potong line nih. Ada satu kejadian masa g zoo aritu. Dah lah tgh panas then kat dalam zoo yang besar tu punyalah susah nak jumpa gerai jual air (if you follow the path from your left at the main gate) dah separuh zoo tu at the top the hill kat area selembu tu baru jumpa satu air gedegang (mesin air tin). Masa hari tu pulak panas dan ramai orang. masa saya sampai tu ade a few people tgh beli air then kami ( a few people after that) tgh beraturlah nak beli air. BAYANGKAN YANG KITA TENGAH KEHAUSAN DAN KEPANASAN TENGAH BERATUR NAK MEMBELI AIR TIN YANG SEJUK TETIBA SEGEROMBOLAN BUDAK SEKOLAH RENDAH YANG BARU TIBA BEREBUT-REBUT NAK POTONG LINE!!! TAK KE HANGIN SATU BADAN??? KALAU BUDAK DARJAH SATU TU OKAYLAH NI BUDAK DAH BESAR DARJAH 5-6, INGAT KAMI YANG BERATUR NI PAK PACAK KER??? TERUSLAH SAYA SOUND “EXCUSE ME. PEOPLE TENGAH BERATUR LA” THEN ADA AKAK/MAK CIK NI PUN KENA SOUND JUGAK NGAN SAYA “KAK SAYA BELI AIR NI DULU YE?” (DALAM NADA “AKU BERATUR DULU, JGN NAK POTONG LINE!!”)
- next thing yang boleh buat saya sakit kepala tengok ialah penggunaan plastik beg kat pasar raya. I followed my Abah shopping groceries a few times kat N*SK. ade ke sampai kampit beras pun letak dalam plastik??? kan ker beras tu telah diletakkan dalam plastik yang tahan lasak? kalau nak letak dalam plastik pun bohlah penuh-penuh satu plastik tu, ni satu plastik 2-3 brg je. dan kalau shopping barang pun benda kecik yang muat untuk masuk dalam henbeg seperti getah rambut 3 utas pun nak letak dalam plastik.. haiyaaaa… kalau saya ckp tak nak plastik, penjual tu buat muka terkejut dan beriya-iya nak letak jugak dalam plastik.. tak paham betul… aisshhhh… kalau derang ni g UK mau mati terkejut sbb kedai-kedai UK kedekut plastik
- cara pemanduan yang ntah ape-ape. untuk pengetahuan pemandu-pemandu di malaysia yang selfish, line paling kiri adalah untuk kereta slow, yang tengah untuk separa laju dan yang paling hujung adalah untuk pemandu laju. ni yang lembab suka duduk lane tengah dan yang separa laju duduk kat lane paling kanan. lagi satu buat pemandu yang suka tukar2 lane sesuka hati, TAK RETI BAGI SIGNAL KER??
- maybe sbb before g UK duduk kat Okayama; not a big city then Bristol pun takl lah bandar besar, bila duduk KL ni rasa serabut pulak tgk byk kereta walaupun dah nak tgh malam. pening-pening
- one more thing that annoy me is the PBT town planning. PBT kat msia ni reti buat bangunan as kedai, gov offices but tak reti buat parking!! kat BBS ni ada 2 blocks new shops building. Dulu tapak parking tapi dah jadi bangunan dan I realised that both new blocks tak disediakan kemudahan parking bertingkat. Commonlah, masa jadi car park area pun kawasan depan ni sesak, la ni lagi lah teruk, langsung xde parking. Buatlah parking bertingkat dan bg annual passes with low charge for people who are working kat situ sbb area BBS ni byk offices dan bank. jadi bila pelanggan2 dtg adelah tempat nak letak kereta. the same situation with Putrajaya n area Mahkamah (yang pemes sbb retak tu), they should build parking bertingkat dan bg complementary free parking for 30 min dan low charges perhour kalau berurusan dgn pejabat kerajaan. They want people to not to drive if we wanna go there tapi nak naik ape g sana? ni sungguh mencacatkan pemandangan bila kenderaan berderet parking kat tepi jalan dan bertambah menyesakkan jalan. stupido-bidoooo lah town planner tu!
- ketidak perihatinan (?) dalam english nya tak gentleman. satu kisah, saya g s*ogo bawak elyas dan letak dalam stroller. kan nak masuk tu kena naik tangga. time tu raaamai orang bertenggek kat tangga tu tapi TAK ADA SEORANG PUN YAG TERGERAK HATI NAK TOLONG SAYA YANG COMEL NI ANGKAT STROLLER TU NAIK TANGGA DAN KESUDAHANNYA SAYA ANGKAT STROLLER SORANG2. masa nak turun dari situ lagi satu kisah, ada mamat penjual buku-buku yang selalu tegur2 orang tepi jalan ke kat kedai makan ke datanglah nak menjual buku dia, saya cakap xper lah, saya tak nak sbb elyas pun kecik sgt lagi dan buku yang dijual tak sesuai untuk dia dan ketika itu SAYA TERKOCOH-KOCOH (?) NAK ANGKAT STROLLER UNTK BAWAK TURUN,LEPAS CAKAP TAK NAK BELI MAMAT TU TERUS BLAH WALAUPUN DIA NAMPAK BETAPA SUSAHNYA SAYA NAK ANGKUT STROLLER TU DAN BILA SAYA SAMPAI BAWAH SAYA TGK MUKA DIA, DIA TGH PANDANG TAPI MCM TAK ADA PERASAAN. sorry to say, kalau kat UK even pak cik tua umur 50-60 kalau nampak kita ni kalut-kalut dengan baby/stroller mesti derang tolong, ni orang malaysia yang sememangnya masih muda dan sihat (sbb tak nampak pulak dia ni cacat ke kudung ke atau mcm terencat) boleh buat bodoh je biarkan saya angkat stroller tu sorang-sorang



Busu said
Welcome home Shu..
Sekarang dan akan datang..kita perlukan lebih ramai engineer dan politician yang ada background dalam engineering. Penyelesaian masalah guna kepala lutut..itu pasal la jadik benda2 camtu. Buat bangunan tinggi..boleh muat sampai 1000-2000 orang tapi tempat parking takdak..lainlah kalau ada stesen LRT dalam bangunan tu..haih..masalah tu bukan sahaja di KL (bandar) tetapi jugak di dalam tempat yang ramai cerdik pandai (dalam kampus shah alam nih contohnya)
Pasal sikap tu tak leh nak kata apa laa..memang sejak dulu lagi..kempen pun hangat2 taik ayam jer..kalau dulu ada inflasi sifar..sekarang nih inflasi 3% ..Banayk lagi kempen2 lain yang dah ‘mati’..
Bagus lah..bawak budaya green tu kat sini..kurangkan penggunaan plastik.
This surely makes us realise that there are too much problems in Malaysia. Jom mainkan peranan masing2…Again..Welcome Home..
Ps: Bila junud balik sini?
myuglyshoes said
junud balik bulan 7… bila tgk penggunaan plastik yang terlampau tu terdetik nak jadi menteri alam sekitar! hahahah
Busu said
That’s the spirit..kalau ko masuk politik ko dapat undi aku..tak kisah laa parti mana pun.
owh..bulan 7 nih..ok..jumpa time kenduri azi kat shah alam nanti.
aiai said
shu.. awak kan terer tulis karangan bm? apa kata you salurkan segala anger dan frustration ini ke dalam satu artikel then post to utusan+berita harian+metro+kosmo(?)… or to surat khabar main stream paling selambe (read: dare to tell the truth) kat mesia = malay mail…
tapi yang bab parking tuh saya sangat setuju la… even chugoku ginko tepi jalan tuh pon ada parking… maybank mana2 cawangan la kat mesia ni.. penah nampak parking? aiyo~
welcome home shu! hahaha >:)
murni said
buat cam nihon ni, plastik satu jual 5yen. hah amek mesti semua akan recycle plastik2 tu. pastu parking gov nihon mesti dpt 2 jam free kalo berurusan ngan gov, kene amek cop kat opis br dpt free. bagus kalo wat camtu gak kan. ujan emas negeri org, ujan batu negeri sendiri. tapi negeri sendiri tetap di hati kan.. pasni kalo aku balik for good pun kenela redha apa jua keadaan..
Fith said
Shoe,
fith faham apa shoe rasa.mmg selalu blk mesti rasa tensyen n sakit hati esp dgn servis org msia.hadoi,takleh buat apa dah,sabo jer laa…
myuglyshoes said
hmm… servis kat msia mmg hampeh but lately rasanya servis kat kedai become better than a few years back.
tapi mmg tak puas hati tentang plastik bag tu becouse most of country dah mula kurangkan penggunaan plastik bag. disebabkan rasa bersalah guna byk sgt plastik bag, td g jln2 sambil cari folding bag untuk guna bila g shopping tapi tak jumpa pulak. nanti try cari lagi tak pun pesan kan joned soh bawak balik.
to aiai, bagus saranan anda tapi sekarang tgh busy nak exam IELTS lagi sekali.. next wiken xm..
mysara said
shu, tu baru sebulan.. aku dah 2tahun.aku rasa aku pon dah makin otai sejak balik nihon.aku main sound direct jer.ada sekali pompuan nih,sedap hati dia jer potong line,aku kata…”tolong beratur yer..” geram aku.kalau yg servis kat tepon mcm haram tu,aku sound gak,”awak nih kerja angkat tepon,cakap la baik2..macam nih ker cara layan pelanggan??” ..counter service pon aku sound sbb dia xsediakan kerusi utk pelanggan.ada ker patut entertain pelanggan,dia duduk kita berdiri..bongok! aku siap tulis kat kertas aduan lagi..hahaha..aku mmg rajin buat komplen
myuglyshoes said
hahahah… tulah kalau dulu takut2 jugak nak sound tapi sekarang mmg selamba je lah. yang jaga kaunter so far xde yang sakitkan hati lagi.. kalau ada yang buat kerja tak betul pasni, mmg sound je sbb I’ve been worked as cashier for a year so it’s not that hard just to give a smile and greet the customers.. psl customer servis yang tak reti nak bg pelanggan duduk tu mmg patutlah kan kena sound.
myra said
Shu!!! kite agree sangat pasal yang plastik tuh.. sangat2 agree.. geram kadang2 bile tengok cara dorang pakai plastik.. pehtu kat sini kan jenis cashier yang key in barang,masuk dalam plastik, ikat and selotape.. mak aiihhh kalo dapat yang lemah lembut tu.. jenuh nak menunggu.. kadang2 kite buat sendiri.. pehtu org msia suke parking merata.. kdg2 jln 2 hala bley jd sehala… sabar ajelah…
fadh said
kalau nk list kan mmg byk je yg kite xpuas ati shoe. chiput pn same mcm mai. kalau blk xpuas ati sound direct je.
last year ms blk buka acc. utk fateh, dkt 3jam kami dok tunggu giliran. bila chiput sound ckp xmo buka acc. kt sini + ugut nk tulis kt surat kabo, bole plk buat keje laju2. mane xnye, chiput bkn ckp slow2, chiput ckp kuat2, 1 bank bole dgr. (enchek hubby awal2 dh keluar sbb takut nk tgk chiput ngamok)
lg 1, chiput plg bengang cashier yg sibuk borak dgn cashier sebelah menyebabkan keje jd sgt2 lah lembap sedangkan org tgh beratur panjang nk bayar. itu pn chiput sound je! lps kene sound terkontang-kanting buat keje laju2. kalau ada adik chiput, mesti die cuit2 chiput suruh stop sound-menyaound dgn kuat + lantang!
kate enchek hubby,”adik blk nnt kene byk S.A.B.A.R, org mesia bkn mcm jpn. buat sume bende lmbt” (blom ape2 dh kene sound dgn suami sndr..huhu)