Archive for Cooking

Elyas food

Atas permintaan Che Wan, ni antara makanan yang saya dah bagi Elyas makan:

  • bubur nasi + ikan bilis + daun sup
  • bubur nasi + ayam + bayam
  • pisang + susu formula ( experiment nak bg Elyas suka FM )
  • carrot
  • potato + ayam
  • potato + carrot
  • mangga
  • orange juice perah sendiri

semua makanan diatas dijadikan puree. buat satu batch pastu letak dalam kiub ais dan bekukan for next feed. Satu kiub ais tu lebih kurang 2 sudu besar, amount yang disarankan untuk mula-mula cuba weaning for babies dan after a few weeks gradually tambahkan. boleh buat beberapa resepi dan kemudian di campurkan seperti 1 kiub potato + 1 kiub carrot. Untuk permulaan ni ayam, ikan, daging tu letak sikittt aje masa blend nak bg rasa tapi rebus sekali masa masak.  Sebab Elyas baru je mula makan jadi resepinya tak banyak lagi. Nanti bila dah bertambah akan diletakkan lagi resepi kat sini tapi for beginning ni saya bg byk mashed vegetables. :wink:

Comments (5)

ngapdet lagi

hahahhaha… tgh tunggu dl cerita heroes,sambil2 tu updet blog lagi.. nak upload gambar masakan-masakan yang jarang giler saya masak.. 2-3 hari saya masak masakan yang saya tau tapi jarang masak.. tak tau kenapa jarang masak benda-benda tu :?:

2009-april-199

mixed vege with fried tauhu

2009-april-206

kurma ayam

2009-april-243

pais ikan

UPDATE 25th April 2009

More mouth watering  food to menggemukkan badan :mrgreen:

2009-april-262

Cream & cheese smoked salmon tagliatelle

not exactly what I imagine in my head sbb I imagine smoked salmon yang tak masak tapi ngan mengongnye saya telah masakkan smoke salmon to bersama kuah cheese. Dang!!

2009-april-266

Nasi Tomato with Ayam bakar masak merah & Acar timun

Tetiba teringin pulak nak masak nasi tomato untuk makan lunch & dinner hari Jumaat. Dan ayam tu konon-konon nak healthy bakar lah dalam oven letak sikit minyak zaitun.

Comments (4)

aburi

had home made sushi for dinner. I dont wanna write or upload pics about sushi, but i just wanna upload these:

2009-april-1762009-april-1772009-april-178

Leave a Comment

kegilaan

semenjak dua menjak ni tetiba jadik gian nak masak kuih/kek.. apsal ek? ntah-ntah ngandung lagi, baby girl pulak (org kater kalau ngandung baby girl akan rajin make-up, memasak etc yg keperempuanan).. hahahah.. no lah, merapu je.. :lol:  tapi seriously, mmg sakan nak masak kuih-kuih nih, kalau tak kerana mengenangkan tak de sape nak makan kalau buat pun so tahan lah sikit nafsu nak masak tu.. hehehe… tapi setelah masak-masak kuih experimental ku itu, nyata mmg kurang berbakat untuk buat kuih.. terlembik lah, terkeras lah.. pape pun layan aje lah gambar kuih-kuih tak jadi ku ini

2009-ayang-bday-006

mula skali, kuih lapis.. search macam-macam resepi kat internet.. main sukat lebih kurang aje lah, yang lawaknya orang kukus kuih lapis ni lebih kurang sejam je nak habiskan semua lapis2 tu tapi saya kukus sampai 3 jam kot sbb adunan tu terlembik, jadiknya berair sikit.. yang putih ok tapi yang pink mmg lembik.. tak kisahlah, asalkan kuih lapis ni cantik.. :P

2009-ayang-bday-0081

ni pulak, pau inti kari ayam. tetiba teringin nak makan pau. yang lemah nye bila bab nak uli ni. nak amik masa berapa lama nak uli baru jadik elok? haihhh… tak reti sungguh.. lastnya belasah ajelah.. pau ni rasanya kurang air atau shortening sbb doh dia keras. lepas je kukus terus kalut kejut Adi yang tgh sedap nap makan sebelum dia sejuk dan jadik keras kejung.. walaupun tak berapa menjadi, tapi ok leee nak makan

2009-ayang-bday-014

2009-ayang-bday-022

2009-ayang-bday-018

and this cake I made specially for my hubby’s birthday which is yesterday. Kek ni nama dia Lemon Soured Cream Cake resepi dari buku. Tapi saya masak kek aje, icing dia tu beli siap je sbb saya seorang pemalas! Beli buttercream vanilla pastu letak kaler merah, then gunalah kreativiti saya yang tak seberapa untuk cantikkan kek tu. And I made a surprised for him after he came back from work at 12.10 am 6th March!! Happy Birthday Ayang…

Comments (2)

Older Posts »