Archive for Elyas
activiti bersama elyas
these pics and video were taken the day after we hosted open house, so buat-buat tak nampak ajelah semak samun tu..selalu rumah kami tak macam tu, bersih kemas berkilat… hehehhe
Bingkisan untuk Abah
Assalamualaikum Abah
Abah sihat? Dah kemas umah belom? Mama pun sibuk jugak kemas umah Mak Tok sampai tak nak layan Elyas
Mama ada bgtau Abah tak yang Elyas dah tumbuh gigi!! gigi bawah tumbuh satu batang. Ni Elyas mintak tolong Mama letakkan gambar dan video Elyas yang terbaru.
Esok Elyas nak pergi OU jumpa dengan kawan-kawan Mama masa Mama belajar kat Jepun. Hari Ahad pula Tok Ayah dan Mak Tok nak bawak gi Kuantan tengok umah Mak Tok. Pastu hari Isnin baru balik ke kampung kedah pula. Abah balik cepat-cepat ye. Mama dengan Elyas tak sabar nak jumpa Abah.
Kali ni pendek je surat Elyas sebab Elyas banyak duduk kat umah aje. Lepas ni Elyas kat umah SP kalau kesempatan Elyas tulis masa kat sana. Kalau tak nanti bila Abah balik Elyas cerita banyak-banyak kat Abah ye.
Salam rindu
Elyas



Elyas food
Atas permintaan Che Wan, ni antara makanan yang saya dah bagi Elyas makan:
- bubur nasi + ikan bilis + daun sup
- bubur nasi + ayam + bayam
- pisang + susu formula ( experiment nak bg Elyas suka FM )
- carrot
- potato + ayam
- potato + carrot
- mangga
- orange juice perah sendiri
semua makanan diatas dijadikan puree. buat satu batch pastu letak dalam kiub ais dan bekukan for next feed. Satu kiub ais tu lebih kurang 2 sudu besar, amount yang disarankan untuk mula-mula cuba weaning for babies dan after a few weeks gradually tambahkan. boleh buat beberapa resepi dan kemudian di campurkan seperti 1 kiub potato + 1 kiub carrot. Untuk permulaan ni ayam, ikan, daging tu letak sikittt aje masa blend nak bg rasa tapi rebus sekali masa masak. Sebab Elyas baru je mula makan jadi resepinya tak banyak lagi. Nanti bila dah bertambah akan diletakkan lagi resepi kat sini tapi for beginning ni saya bg byk mashed vegetables.








