Archive for Sekolah

InsyaAllah

For those who doesn’t know about this news yet, I want to tell u guys that my application for S*PC MA*RA have been rejected. For now, I already made the appeal but when I talked to one of the officer, she told me that this year they only have 100 places compared to 400 places last year. She said they will consider the appeal if there is any student doesn’t want the S*PC but they can’t promise anything.

If my appeal is unsuccessful, I’m not going back to UK again. Me & Adi already discussed about it and he’ll out from our home at Stoke Park at the end of June. I’ll try to further my studies in local U (already think about UM or UKM or UMP) and stay in KL or Kuantan (if I enter UMP). To my friends in UK (yang beberapa kerat tu), this is a goodbye. We’ll (me & Elyas) visit you all when we go there for holiday. Thanx for all your helps and concern when we were there. Mintak halal makan & minum & terguna duit ke apa dan mintak maaflah dalam pertemuan kita yang singkat tu ada terasa hati.

Niat dihati to come back for holiday but maybe back for good. Apa-apa pun pilih jalan yang terbaik untuk masing-masing  because I am not going back to UK unless I further my studies and for sure Adi need to stay there to finish his. To my friends in KL pasni boleh lah hang out (if I stay in KL) :D

For those who asking me either I’m back for good or just for holiday, this is the answer for your question because me myself not sure how to explain. kalau ada rezeki, balik UK balik semula.

Comments (11)

Ditemuduga

Semalam (Khamis) saya telah pergi ke London untuk temuduga SPC MA*RA. Sudah lah pihak berkenaan memberitahu berkenaan temuduga agak lewat iaitu pada  hari Selasa, saya terpaksa membatalkan temujanji Elyas dengan jururawat untuk immunisasi yang telah dibuat sejak sebulan lepas. Dan saya juga terpaksa merayu untuk diberi temujanji baru sebelum kami pulang ke Malaysia kerana tarikh paling awal yang pihak klinik berikan ialah 7hb Mei kerana semua temujanji untuk bayi telah penuh. Setelah dirayu dengan mengatakan saya ada temuduga mustahak pada hari Khamis di London dan hanya baru diberitahu pada hari Selasa, pihak klinik memberikan temujanji baru pada 30hb April.

Kami juga mengalami masalah untuk memakirkan kereta kerana tiket pakir untuk tetamu di kawasan Neasden yang kawan Adi berikan telah habis dan terpaksa mencari tempat baru. Awal pagi kami bertolak kerana ingin mendapatkan tempat di ruang ‘Park & Ride’ di stesen keretapi bawah tanah Hounslow West. Apabila kami tiba, jam menunjukkan pukul 6.30pagi , masih banyak ruang pakir yang kosong. Temuduga diadakan di bangunan MS*D London pada jam 10 pagi; jadi kami berehat sebentar di dalam kereta sebelum menaiki keretapi (tube) ke Queensway. Ketika kami menaiki keretapi, kami telah memasuki waktu sibuk, keretapi penuh dengan penumpang yang ingin ke tempat kerja bertambah dengan kami menaiki Piccadily Line, keretapi itu sudahpun dipenuhi dengan penumpang-penumpang dari Lapangan Terbang Heathrow. Perjalanan dari Hounslow West ke MSD mengambil masa lebih kurang 1jam. Ketika sampai di stesen Queensway, kami terpaksa menempuh hujan yang renyai-renyai untuk ke MSD. Masa masih awal ketika tiba di MSD dan kami mengambil keputusan untuk sarapan pagi dahulu di kantin MSD.

Jam 9.40pagi saya naik ke bangunan MSD , manakala Adi menjaga Elyas di kantin. Selepas mengisi borang (kenapa kena isi semula borang yang SAMA dengan borang yang kami hantar untuk permohonan?), calon-calon dipanggil masuk ke bilik temuduga secara bertiga-tiga. Saya termasuk dalam kumpulan pertama (saya rasa ada kurang 10 orang yang datang untuk sesi temuduga). Secara am nya, 2/3 soalan temuduga berkaitan kabinet baru dan politik Malaysia dan selebihnya barulah berkenaan pelajaran. Temuduga tidak terlalu formal (nasib baik sebab kali terakhir saya menghadiri temuduga adalah semasa lepas SPM ; temuduga JPA untuk program ke luar negara) dan kerana temuduga diadakan bertiga-tiga, mengurangkan rasa gugup saya.

Habis temuduga, kami minum dulu dan kemudian baru berangkat pulang ke Bristol. Sampai di rumah terasa sangat letih kerana tidak dapat tidur pada malam sebelumnya (gugup dan ditambah dengan Elyas meragam satu malam) .Saya rasa saya telah buat yang terbaik, tetapi tak tahulah nasib menyebelahi atau tidak untuk dapat SPC ni.

ps: cam lawak pulak karangan bahasa melayu saya nih :D

Comments (6)